Nama Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 18500 Machang, Kelantan (SMKH) ditubuhkan pada tahun 1956. Pada peringkat awal penubuhannya SMK dikenali dengan nama Government English School Machang dan menumpang di sekolah rendah kebangsaan machang kerana masih belum memiliki bangunan sendiri. Sekolah ini merupakan sekolah inggeris yang ulung di Machang.

Pada tahun 1959, Government English School Machang telah diubah namanya kepada Sekolah Inggeris Hamzah (Hamzah English School) mengambil nama sempena nama seorang tokoh anak melayu jati kelantan yang sentiasa peka dan prihatin dengan masalah pendidikan orang melayu kelantan. tokoh tersebut Al-marhum Y.A.M Tengku Muhammad Hamzah Ibni Al-Marhum Tengku Zainal Abidin.

Pada tahun yang sama juga sekolah telah mencipta lambangnya sendiri iaitu harimau yang bermakna gagah dan berani dan juga mempunyai motonya sendiri Nulli Secundus yang bererti Sentiasa Terulung atau Second To None.

Sekolah ini terus berkembang menyebabkan bangunan di tapak asal tidak lagi dapat menampung pelajar yang semakin bertambah bilangannya. Sebuah tapak baharu di jalan bahagia telah disediakan bagi membina sebuah sekolah yang baharu. sekolah ini kemudiannya dipindahkan ke tapak yang ada sekarang pada tahun 1972 dan merupakan sekolah tertua di daerah ini.

Pada tahun 1997 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan sekolah menengah diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah.

Kini tahun 2023 bangunan 4 tingkat siap dibina, maka dengan ini bermulalah persekolahan satu sesi.

SMK Hamzah
Jalan Bahagia, 18500 Machang
Kelantan.
Telefon: 099751300
Email: smkhamzah@gmail.com