PK HEM

PK HEM

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya saya diberi ruang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam laman sesawang ini.

Terlebih dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK Unit ICT Sekolah kerana berjaya membangunkan portal rasmi sendiri sebagai salah satu matlamat mengoptimumkan kecekapan sistem capaian maklumat masa kini.

Pihak HEM mempunyai komitmen yang tinggi untuk melahirkan modal insan cemerlang dalam kalangan pelajar dari semua aspek kehidupan. Daripada kaca mata Penolong Kanan HEM, kecemerlangan pelajar hanya akan dapat dicapai seiring dengan kelangsungan pematuhan polisi Kementerian Pendidikan terutama dalam pembentukan sahsiah dan kemenjadian murid, seterusnya memacu kecemerlangan sekolah-sekolah dalam daerah Maran khususnya.

Menerusi laman sesawang ini, sumber dan saluran maklumat berhubung isu semasa, arahan, siaran dan surat pekeliling dari Kementarian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dapat diakses dengan pantas. Tidak ketinggalan juga seluruh warga pendidik dan masyarakat amnya dapat berkongsi maklumat dan manfaat daripadanya.

Akhir kata, sebagai seorang yang bertanggungjawab mengurus dan menjana modal insan peringkat sekolah, marilah kita sama-sama tanamkan “jiwa besar” di dalam diri anak-anak yang akan menjadi pewaris masa depan negara. Pendidikan negara tanggungjawab kita bersama, menjayakan dan membangunkan bermakna kita membangunkan masa depan negara yang tercinta ini.

Terima kasih.

PN ROGAYAH BINTI MAMAT

PK HEM

SMK HAMZAH

SMK Hamzah
Jalan Bahagia, 18500 Machang
Kelantan.
Telefon: 099751300
Email: smkhamzah@gmail.com