Pengetua

pengetua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sehati Sejiwa,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Portal SMK Hamzah. Portal ini diharap dapat menjadi rujukan pada pengunjung siber untuk mengetahui lebih detail mengenai sekolah primer ini yang sentiasa terulung.

Sekalung tahniah diberikan kepada semua warga sekolah ini atas kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih sepanjang tahun  semua bidang. Alhamdulillah berkat komitmen dan kerjasama semua warga sekolah, reputasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar semakin meningkat di peringkat komuniti, daerah, negeri dan kebangsaan. Keadaan ini seharusnya menjadi titik tolak kepada kita untuk mengekal atau meningkatkan lagi prestasi cemerlang sekolah ini untuk tahun-tahun seterusnya.

Sehubungan dengan itu, sebagai ketua organisasi, saya menyeru semua guru dan staf sokongan agar membentuk satu pasukan kerja yang mantap dan unggul, bergerak sederap mara kehadapan serta menjunjung semangat muafakat dalam merealisasikan semua program dan tugasan yang dirancang ke arah mencapai visi dan misi yang ditetapkan.Budayakanlah amalan “ Muafakat Membawa Berkat ”, “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh” dan “Biasakan Yang Betul dan Betulkan Yang Biasa”, insya Allah kejayaan akan menjadi milik kita bersama.

Akhir kata, saya berharap semua guru dan staf SMK Hamzah dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing sebagai seorang pendidik dan penjawat awam yang dedikasi, komited, berintegriti dan profesional.Saya mendoakan agar semua guru dan staf sokongan sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas seterusnya berupaya menghadapi segala cabaran dan rintangan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

HJH. NORMA BINTI HASSAN
PENGETUA
SMK HAMZAH, MACHANG, KELANTAN.
SMK Hamzah
Jalan Bahagia, 18500 Machang
Kelantan.
Telefon: 099751300
Email: smkhamzah@gmail.com