PK Kokurikulum

Salam Sejahtera.

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya sampaikan sepatah dua kata dalam laman web sekolah ini. Saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada Unit ICT sekolah. Tahniah atas inovasi ini kerana berlaku penambahbaikan yang jelas dalam usaha untuk memartabatkan nama sekolah dengan berjaya melahirkan portal sekolah ini.

Sesungguhnya kewujudan portal ini adalah berikutan dari ledakan teknologi maklumat kini memerlukan warga pendidik menggilap kemahiran ICT. Guru yang mahir ICT akan menjadi pemacu untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan kerana internet menjadi wahana untuk para guru berinteraksi dengan dunia global dan seterusnya meletakkan nama sekolah SMK Hamzah seiring dengan sekolah-sekolah elit.

Selain itu, kewujudan portal sekolah juga adalah bukti komitmen warga sekolah ke arah pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Saya berharap para guru dan pelajar akan memanfaatkan kewujudan portal ini untuk membantu meningkatkan kejayaan sekolah agar kita tidak ketinggalan dalam arus perdana.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih atas usaha gigih guru ICT dan jawatankuasanya yang membantu merealisasikan laman blogger sekolah ini dan semoga harapan untuk memartabatkan nama sekolah SMK Hamzah di persada dunia, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain akan menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

SMK Hamzah
Jalan Bahagia, 18500 Machang
Kelantan.
Telefon: 099751300
Email: smkhamzah@gmail.com